Selamat Datang Ke Laman Nurazin.Com : Home Styel and Home Made !

Feb 5, 2012

Nurazin Delight


Nurazin Delight telah ditubuhkan bagi memenuhi permintaan anda yang berminat mempelajari pelbagai kemahiran membuat kek , coklat dan roti. Matlamat kami adalah untuk membimbing kaum wanita khasnya dan masyarakat amnya untuk menceburkan diri dalam industri pembuatan makanan halal sebagai perniagaan sambilan ataupun sepenuh masa. Kursus-kursus kami juga sesuai buat anda yang gemar memasak untuk hidangan keluarga atau berminat mempelajari masakan baru dan memulakan perniagaan kecil-kocelan dari rumah .

         
Nurazin Delight : Kursus
 Menganjurkan pelbagai kursus masakan. Kursus diajar sendiri oleh Pn.Nurasniza .
  • Membuat Bahulu : RM 100.0 RM 50.00 promo !
    Mempelajari cara penyediaan acuan bagi membuat bahulu. Info tentang tepung-tepung di pasaran bagi penghasilan bahulu yang berkualiti dan sedap. Anda juga akan mempelajari cara membuat bahulu berperisa seperti pandan dan kopi dan coklat urai. Lebih kurang 100 biji bahulu hasil kerja tangan tuan/puan akan dibawa pulang untuk keluarga.
  • Membuat Coklat : RM 150.00 RM 50.00 promo !
    Pengenalan mengenai jenis-jenis coklat yang berada di pasaran. Pelajari teknik tempering coklat couverture, teknik membuat coklat praline menggunakan coklat kompoun. Teknik membuat inti untuk coklat dan cara mewarna coklat . Lebih kurang 60 biji coklat yang dihasilkan sendiri akan dibawa pulang.
  • Membuat Kek : RM 100.00 RM 50.00 promo !
    Pelajari cara membuat kek span dan kek coklat. Mempelajari cara menghias kek sesuai untuk majlis harijadi dan sebagainya. Anda akan membawa pulang hasil kerja tuan/puan pelajari sewaktu di kelas.
  • Membuat Roti : RM100.00 RM 50.00 promo !
    Tuan/puan
    akan pelajari mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk menbuat roti. Pelajari membuat teknik sponge dough untuk roti ban manis seperti butterfly sosej, sosej roll, ban kacang merah, mini pizza dan sebagainya. Semua hasil kerja tangan tuan/puan akan dibawa pulang.
     

    S
    emua kursus yang dijalankan menggunakan peralatan yang biasa digunakan di rumah tuan/puan. Kelas dikendalikan secara hands on di mana anda sendiri akan membuatnya secara persendirian. Dengan cara sedemikian, anda akan lebih memahami cara pembuatannya. Kemahiran yang diperoleh berpotensi membantu anda memulakan perniagaan dari rumah.

Nurazin Delight : Yuran Kursus
Yuran kursus yang berpatutan mengikut kursus yang di pilih ini bagi menyediakan nota dan bahan-bahan yang akan digunakan semasa kursus. Anda juga akan membawa pulang hasil kerja yang telah anda pelajari.

Nurazin Delight : Lokasi Kursus
Kursus akan di adakan di alamat :

No 1-15 , Blok E ,
Lorong Tenggiri 1 ,
Seberang Jaya ,
13700 Pulau Penang.

Nurazin Delight : Daftar Kursus dan Jadual Kursus
Sesiapa yang berminat mengikuti sebarang kursus Nurazin Delight hendaklah membuat bayaran penuh sebelum menghadiri kursus. Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi Pn Nurasniza di talian 013-4098338. Tempat adalah terhad kepada 5 orang peserta sahaja kerana kelas dijalankan secara hands on.

  • Bayaran yang telah dibuat hendaklah dimaklumkan tarikh, amaun dan masa pemabayaran dibuat secara SMS ke No. 013-4098338. Sila nyatakan bayaran bagi kursus dan tarikh yang dipilih untuk pihak kami memasukan nama tuna/puan.
  • Sekiranya anda tidak dapat hadir kursus tetapi bayaran telah dibuat, anda boleh menukar tarikh kursus yang lain. Anda hanya dibenarkan menunda kursus sekali sahaja. Jika anda gagal hadir buat kali kedua, bayaran anda tidak akan dikembalikan.
  • Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum kelas berlangsung. Kami berhak memindahkan anda ke tarikh lain sekiranya anda lewat membuat bayaran dan kelas tersebut telahpun penuh.
  • Tempat terhad kepada 5 peserta saja. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang telah menjelaskan bayaran sahaja.
  • Pihak syarikat berhak untuk membatalkan atau menunda kelas jika didapati peserta kurang dari jumlah maksima 5 orang. Bagaimanapun peserta yang telah membuat bayaran akan diberitahu melalui sms seberapa segera. Anda boleh meminta pemulangan bayaran atau bertukar ke kelas yang lain.
  • Sebaik-baiknya hubungi kami dahulu sebelum membuat bayaran bagi memastikan kursus tersebut masih ada kekosongan.

Setiap Sabtu dan Ahad (10.30 am - 3.00 pm). Terhad untuk maksima 5 orang setiap kelas. Tarikh boleh dipilih jika mendaftar bersama rakan. Pengesahan kelas perlu dibuat seminggu awal.

April 2012
1 April 2012   : Kelas Coklat
7 April 2012   : Kelas Aneka Roti
8 April 2012   : Kelas Coklat
14 April 2012 : Kelas Bahulu
15 April 2012 : Kelas Aneka Roti
21 April 2012 : Kelas Coklat
22 April 2012 : Kelas Bahulu
28 April 2012 : Kelas Aneka Roti
29 April 2012 : Kelas Bahulu